Sungguh, kita takkan pernah tersangka di mana akhirnya perjalanan hidup kita dan pasangan kita. I read this entry by Nani Rostam. Benar segala yang dia katakan. Silakan baca, semoga dapat memberi kekuatan untuk mengharungi dugaan yang datang dalam berumahtangga...
Kerana kita, para isteri, melalui situasi yang tidak banyak berbeza, yang berbeza cuma sejauh mana kekuatan kita untuk mengharunginya... yang kuat akan berusaha untuk menggapai bahagia.. yang lemah akan surrender sebelum sampai waktunya...
Aku juga tidak kuat dan tabah tetapi hanya doa dan kesyukuran yang dipanjatkan setiap kali selepas solat. Bersyukur kerana dijodohkan dengan suami sepertinya - tidak sempurna tetapi pada setiap keburukan tentu ada kebaikan, ingatlah kebaikan itu. Berdoa semoga dipanjangkan jodoh ini. Dan sekiranya ditakdirkan jodoh ini tidak panjang, semoga diberi kekuatan untuk menghadapinya. Kerana kita hanya manusia yang hanya mampu merancang dan berharap pada yang indah-indah sahaja...
No comments:
Post a Comment