Wednesday, April 22, 2009

Batuk & Selsema?

pernah tak masa sekolah dulu cikgu suruh buat jurnal harian untuk subjek bahasa inggeris, supaya dapat memperkayakan lagi bahasa inggeris kita? supaya kita boleh 'feel' bahasa tersebut. sebab selalu belajar bahasa inggeris dalam kelas yang formal, kebanyakan dari kita tak mampu mengekspresikan diri dalam bahasa tersebut. Tapi kalau marah pandai pula maki hamun dalam bahasa inggeris. Berbalik kepada jurnal bahasa Inggeris itu, ia adalah antara medium yang sangat memberi kesan kepada aku untuk belajar mengekspresikan diri dalam bahasa Inggeris. Jadi, semenjak dari situ, kalau nak tulis jurnal atau diary, aku lebih senang menulis dalam bahasa Inggeris. Dah terbiasa. Tapi kali ni nak blog dalam bahasa melayu pulak.

Petua menghilangkan batuk & selsema
(sangat sesuai untuk bayi & kanak-kanak kerana golongan ini tidak elok diberi ubat jenis dadah, terutama jika batuk & selsema berlarutan, sampai habis ubat berbotol2 pun belum sembuh lagi)

untuk menghilangkan batuk akibat kegatalan di kerongkong, minum madu (1 sudu kecil - 1 sudu besar) yang dicampur dengan air perahan limau nipis atau lemon. Amalkan pagi dan malam setiap hari. Atau bila-bila terasa gatal di kerongkong, jilat sedikit madu + air limau nipis pada hujung jari.

untuk menghilangkan batuk berkahak, minum segelas air asam jawa dicampur dengan gula batu dan madu. Amalkan pagi dan malam.

untuk menghilangkan selsema / hidung tersumbat pada waktu malam, sapu vicks atau minyak angin yu yee cap limau pada belakang badan, leher, tengkuk dan tapak kaki. Kemudian pakai stoking. Jangan sesekali sapu pada dada dan hidung. Sapu pada hidung boleh menyebabkan selsema bertambah teruk. Minum air suam-suam panas sebanyak yang mungkin.

Insya-allah berkesan. Cubalah!

No comments: